Instagram

Kita bagaimana?


Saat itu, penulis baru sahaja diangakt menjadi Presiden kelab Debat&Pidato UiTM. Saat menerima berita melalui panggilan telefon dari ayahnda terus dari mahkamah di Kuala Lumpur. Penulis ketika itu sedang bersia-siap memulakan mesyuarat untuk mengatur sebuah program pertandingan debat peringkat kolej. Seraya mendapat panggilan memaklumkan bahawa seorang bekas Timbalan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang beliau tidak lakukan, penulis terus kaget. Terus terang, saat itu, hati tiba-tiba menjadi sebak. Ayah penulis yang memanggil-manggil nama penulis dari hujung talian pun tidak dijawab. Penulis hanya terdiam sugul. Sedih dan pedih yang amat sangat.

"Kejam betul Dr Mahathir". Itu sahaja sebaris ayat yang keluar dari mulut penulis ketika itu selepas diam beberapa lama.

"Meeting cancel. Kita buat solat hajat untuk Anwar Ibrahim. Sesiapa yang tak nak buat boleh balik kolej masing-masing".Penulis tegas memberi arahan.

Pada penulis gambar ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Bagaimana seorang yang sebelumnya dihambur dengan pujian melambung ke langit, tiba-tiba dihinjak seburuk-buruknya akibat daripada keangkuhan mempertahankan kuasa. Benar seperti sajak Pak Samad; "Kuasa pun sudah menjadi hartanya".

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts