Instagram

PM Najib dan Buku Jingga


Ramai di antara kita yang menjadikan Buku Jingga sebagai rujukan paling mujarab untuk menentang Umno/BN. Setelah dibuat promosi yang serba-serbinya ala kadar, isi kandungan Buku Jingga satu demi satu menjadi pilihan PM Najib untuk mengembalikan sokongan terhadap dirinya dan Umno/BN secara amnya. Bermula dengan bonus yang tidak seberapa kepada penjawat awam terpilih dan terbaru bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang juga dipelopori Pakatan Rakyat, PM Najib sekali bukan sahaja mengejutkan rakyat dan ahli-ahli Pakatan Rakyat, malah kejutan itu juga bagai renjatan elektrik kepada kabinetnya sendiri termasuk Perkasa (baca Perkasa-m) yang sebelum ini bermati-matian mempertahankan akta zalim tersebut.Adakah Pakatan Rakyat akan mula kehilangan modalnya dengan tindakan berani PM Najib itu? Yang sebetulnya, Pakatan Rakyat seharusnya bertindak lebih awal mempromosi agenda Buku Jingga. (Penulis pernah menulis mencadangkan rangka promosi perdana yang boleh dijalankan oleh Pakatan Rakyat kepada Penasihat PKR sebelum ini). Bukan soalnya ceduk menceduk idea Pakatan Rakyat, tetapi soalan yang timbul adalah; bagaimana sebuah agenda yang besar hasil dari pemuafakatan di antara ahli Pakatan Rakyat seperti ini telah diambik ringan malah segala peluang mempromosinya seharusnya di jalankan dengan lebih berkesan dan berjaya sebelum PM Najib menceduknya. Dan saat itu, barulah Pakatan Rakyat boleh mendabik dada mendakwa PM Najib telah meniru dan menggunakan pakai idea agenda pro-rakyat di dalam Buku Jingga. Moga kita sama-sama berperanan untuk mengingatkan rakyat bahawa, pilihan kita pasti untuk kebaikan kita.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts