Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan; “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada ALLAH S.w.t, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar terhadap ujian ALLAH.”
Manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan di muka bumi ini. Itu fitrah sebaik-baik manusia diciptakan. Lihat sahaja bagaimana Nabi Adam terbuang ke dunia akibat keterlanjuran menghadapai ujian dari ALLAH. Baginda menyesali perbuatannya dan bertaubat atas kekhilafannya. Namun,yang pasti terdapat pelbagai bentuk ujian dan dugaan oleh ALLAH untuk hamba-hambanya. Ada yang diuji dengan ujian yang ringan dan ada pula yang diuji dengan ujian yang berat. Ada yang sabar menempuh ujian dan ada juga yang gagal mengawal emosinya lantas kecundang di dalam ujian tersebut. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Ini kerana manusia mempunyai pemikiran yang kompleks dan tidak menyamai di antara satu dengan yang lain. Sedikit sebanyak akan berbeza juga di mana-mana.
Firman Allah yang bermaksud; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)
Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. ALLAH tidak sesekali membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Biarpun terkadang kita menyangka ujianyangdatang itu adalah berat dan kita mengadu yang ianya bukanlah untuk diri kita, padahal ALLAH yang Maha Mengetahui akan keupayaan kita menangani ujian tersebut. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu dan bulat kepada ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlah lah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNYA inshaALLAH. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita.
Untuk memahami segala bentuk ujian yang menimpa, memerlukan kita memahami tujuan sebenar ujian tersebut ditimpakan ke atas kita. Kita mesti faham bahawa hidup kita ini pasti akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak, kita tetap akan diuji juga, sesuai dengan Firman ALLAH S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Penegasan maksud ALLAH di atas juga didokong melalui firman-NYA lagi berbunyi; “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
Walaubagaimana pun, ALLAH amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujian-NYA.Usahlah kita risau dan gundah gulana.Jaminan ALLAH ini dirakamkan dalam Al-Quran dengan firmanNYA, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146
Dan ALLAH Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNYA adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaALLAH. “ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh ALLAH s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thabrani)
Ya.Kita seharusnya bersyukur dengan ujian yang menimpa. Bukan mengeluh akan kedatangannya. Ujian yang datang tidak pernah menjadi sia-sia untuk kita.Ia punyai pesanannya yang tersendiri.Pesanan dari TUAN Punya Dunia akan hamban-NYA. Pesanan kepada hamba-hamba-NYA yang leka dan berbuat dosa tanpa lupa.Pesanan datang melalui ujian-ujian-NYA.Tanda ingatan untuk kita yang lupa pada-NYA.
Nor Miswary Ramli
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago