Instagram

Politik ideal Pakatan Rakyat

Bolehkah sesuatu yang ideal itu dicapai? Ideal bagai tertanggung makna kepada sesuatu perkara atau kejadian yang di mahu dilihat begitu sempurna dan kesempurnaan tersebut pula tercapai dengan segala-gala tiada cacat-celanya. Bukankah untuk mejelaskan maksudnya sahaja sudah menjadi terlalu ideal?Huh!Rakyat mahu melihat suatu perubahan yang ideal di dalam pemerintahan kerajaan hari ini. Sesudah pengumuman PM Najib dalam sambutan hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, disusuli pendekatan serba strategik seperti melawati stesen-stesen radio popular dan juga kehadiran ke konsert anak-anak muda; PM Najib mahu dilihat sebagai seorang PM yang paling ideal di dalam sebuah kerajaan ideal idaman beliau.Berjayakah begitu? Buat pembaca, sebagai mereka yang sememangnya duduk di dalam lapangan anak-anak muda yang belum lagi punyai sebarang pendirian politik, penulis berani mengatakan bahawa pendekatan menjadi PM ideal oleh PM Najib ini sedikit sebanyak memberi kesan yang bagus juga kepada wajah-wajah rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewangan dana rakyat dan mainan perkauman acuan UMNO/BN ini.Mereka boleh terpesona (memetik perkataan Senator Ezam yang menjustifikasikan beliau menyertai UMNO)dengan tindakan serba ideal oleh PM Najib, malah ada yang sampai menjangkakan PM Najib benar-benar PM yang ideal untuk mereka!

Namun, sebagai sebuah pakatan yang menggabungkan 3 jenis ideologi utama yang tentunya berbeda, perkataan ideal itu merupakan sesuatu yang mustahil buat Pakatan Rakyat. Lihat sahaja bagaimana isu-isu fitnah moral yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Dewan Rakyat - Anwar Ibrahim - , isu Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Idera sebagai pejuang kemerdekaan berhaluan radikal dan terbaru isu tersinggungnya Sultan Johor dan rakyat jelatanya atas salah lapor Utusan Malaysia dan lain-lain akhbar milik UMNO/BN atas ucapan tertutup Ketua Menteri Pulau Pinang - Encik Lim Guan Eng - di Singapura. Malah, isu hudud yang sengaja dipanaskan oleh pakar perang saraf UMNO - Tun Mahathir - mengundang reaksi Tuan Guru Nik Aziz sehingga membawa perbalahan di dalam media diantara Pengerusi DAP - YB Karpal Singh - salah sebuah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat. Melihat kepada rentetan kisah-kisah yang tidak pernah sunyi di dalam Pakatan Rakyat ini, kita harus sedar yang mereka bukanlah sebuah pakatan yang ideal. Ya, benar. Mereka hanya berusaha bersungguh-sungguh bermati-matian untuk menjadi sebuah pakatan yang ideal untuk menumbangkan kerajaan PM Najib yang juga mahu dilihat ideal.

Jadi, apakah penghujung untuk perjuangan yang serba-serbi mahu kelihatan ideal ini? Ke manakah hala yang boleh di bawa oleh Pakatan Rakyat atau kerajaan PM Najib yang mahu dilihat ideal ini? Yang jelas, setelah KM Lim Guang Eng memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor dan keterbukaan kesemua komponen Pakatan Rakyat untuk duduk berbincang mencari kata muafakat demi kebaikan rakyat setelah berbalah di dalam media, menjelaskan mereka - Pakatan Rakyat - sebenarnya bukanlah sebuah pakatan yang ideal. Mereka - Pakatan Rakyat - kelihatan seperti tidak pula mahu menjadi sebuah pakatan yang ideal. Bagi mereka ideal itu memberi harapan tanpa cacat cela kepada rakyat. Mereka tahu itu adalah mustahil. Menjanjikan serba-serbanya sempurna untuk rakyat bagai janji pasangan suami-isteri yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan harapan rumahtangga mereka akan kekal harmonis tanpa berselisih pendapat sepanjang melayari kehidupan berumahtanga. Ianya sebuah jaminan 100% sukses yang dibuat oleh seorang ahli MLM yang mahu menipu prospeknya sahaja. Oleh itu, mengharap kepada sesuatu yang ideal dari Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang silap. Mengharap Pakatan Rakyat menjadi sebuah pakatan tanpa kemarau,hujan banjir dan ribut taufan bagai mengharap mereka menjadi seperti kerajaan PM Najib sahaja - ideal dan mustahil.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts