Instagram

pizza hut sacc mall


Ini bukan kali pertama.

Ini sudah masuk kali kedua. Di tempat yang sama. Pada masa yang hampir sama. Pada kali pertama dulu, saya dan isteri berniat untuk mengajak kawan lama saya dan isterinya makan malam. Niat untuk untuk meraikan sesuatu yang saya tidak ingat apakah bendanya sekarang. Saya membawanya ke Pizza Hut di SACC Mall Shah Alam bersebelahan dengan bangunan PKNS shah alam. Ketika itu saya teringin benor nak makan satu jenis pizza baru yang baru dipromosi di pasaran. Setelah hampir setengah jam lebih order (dan air minuman pun sudah pun dihidangkan), seoarang pelayan datang menghampiri kami.

"Maaf encik, pizza yang encik order tadi sudah habis".

"Boleh encik buat pilihan order pizza yang lain?". Ehh. Macamana hampir setengah jam dia baru cakap.

"Kenapa baru cakap sekarang? Soal saya.

"Saya datang nak makan pizza yang baru ni. Kalau takde, saya tak nak". Sambung saya lagi.

"Encik boleh order yang lain lah. Sebab kalau encik nak pizza yang encik order ni tadi, kami terpaksa membuka pek yang baru lah..".Bunyi macam kekecewaan dalam suaranya.

Hah! Terpaksa! Apa cerita ni??!

"Saya nak yang baru tu. If takde. Saya tak nak." Tegas saya lagi.

Lalu, pelayan tersebut memohon sedikit masa untuk menanyakan hal tersebut dengan managernya. Dan yang paling menggemparkan, dia datang semula dan memberitahu pizza yang saya order tadi boleh disiapkan lagi 15 minit! Nah! Boleh pun rupanya!

Sifir mereka mudah, sebab kami tiba di pizza hut tu hampir pukul 9 mlm lebih. Buang setengah jam menunggu untuk order kali pertama dan tambahan lagi 15 minit untuk order kali kedua, maka restoran yang asalnya akan tutup pada tepat jam 10 malam pasti menyusahkan mereka. Bagi mereka, membuka bungkusan pizza baru pada masa restoran yang sudah hampir tutup pasti akan merugikan mereka.

Malam tadi mereka buat lagi. Ni kali keduanya. Saya datang bersama kakak ipar,suaminya dan anak kembar perempuannya. First, ketika kami memohon untuk diletakkan di meja yang agak besar dan di kawasan sebelah kiri restoran, mereka tidak benarkan. Alasannya, mereka hendak memenuhkan ruang tengah/hadapan dahulu! Dan kami diminta (baca:dipaksa) untuk duduk dimeja yang bersambung di celah-celah mereka yang sedang makan juga. Bukan isu untuk kami tidak mahu duduk di meja makan berdekatan orang lain. Isunya, kami adalah pelanggan yang mahu datang makan dan mempunyai hak untuk merasai keselesaan di dalamnya sambil menikmati hidangan. Apatah lagi kami juga perlu (baca:terpaksa) membayar 10% service charge yang macam tuttt!!

Second thing, ketika kami duduk dimeja yang dicadangkan pelayan, ada la segenggam tisu kotor sisa mereka yang makan sebelumnya di meja itu tadi. Yang bangsatnya,ketika saya memanggil pelayan perempuan yang bercermin mata untuk mengambil order, saya ada memberitahu akan segumpal tisu kotor yang menjelekkan mata kami sejak duduk tadi.

Tahu apa dia buat? Dia hanya mahu terus mengambil order tanpa mahu menyentuh sisa segumpal tisu kotor itu dahulu. Bayangkan, betapa bodohnya cara pelayan tersebut melayan kami. Dan hanya setelah selesai mengambil order kami, baru lah dia menggunakan tisu pelapik sudu garfu saya untuk membuang sampah itu tadi. Saya ulang yea: dia menggunakan tisu yang melapik sudu dan garfu saya untuk membuang sisa tisu kotor itu tadi! Maka, sudah tentu sudu dan garfu saya terbiar dia atas meja kami yang sudah pasti kotor kesan mereka yang baru makan sebelum kami!

Zalim kan pelayan tu? Macamni ker cara layanan mereka yang mendakwa mepunyai reputasi terbaik dalam menyediakan rangkaian pizza terbaik dalam negara?Poorrrahhh!

Sejak pengalaman pertama saya ke Pizza Hut ni dulu, saya simpulkan bahawa mereka yakni pelayan-pelayan restoran jenis ini hanya akan melihat luaran atau personaliti pelanggan-pelanggan mereka yang datang.So pathetic!

Cadangan saya:Pizza Hut SACC Mall Shah Alam is highly NOT recommended!

Nor Miswary b. Ramli

ISU SBPA:Apa kata penjawat awam?




Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Sara­an Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini.

“Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

“Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini semalam.

Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

Berhubung tempoh untuk menandatangani opsyen berkenaan iaitu 15 hingga 31 Disember, Omar berkata ada penjawat awam menyatakan tempoh itu tidak mencukupi.

“Ini kerana ramai penjawat awam sedang bercuti dan disebabkan itu kita bimbang ramai tidak faham mengenai SBPA nanti,” katanya.

Ditanya sama ada penjawat awam akan berdepan masalah jika tidak menanda­tanganinya, Omar berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia berdasarkan kepada persetujuan individu.
Pada keseluruhannya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi citarasa semua warga penjawat awam seramai 1.4 juta.

Sudah tentu mereka ini akan menerimanya dengan ikhlas hati tetapi yang menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati diantara kalangan penjawat awam ialah kaeadah cara permarkahan yang dikenakan bagi setiap kakitangan yang sudah tentu dinilaikan olih Ketua Jabatan masing-masing.

Markah penilaian yang dimaksudkan adalah saperti berikut: Mungkin ianya kurang tepat sebelum keluarnya pekeliling dan surat tawaran itu.

a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok

b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8%

c) 75% tiada kenaikan gaji

d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti

Adalah sesuatu yang janggal apabila tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang cengeh (bengkeng) dan yang tidak ada timbang rasa kerana ianya selalu berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.

Mana tidaknya ada diantara bos yang 'kedekut' untuk memberikan markah dan tidak kurang juga yang mempunyai sikap pilih kasih serta yang paling kakitangan awam risau sekali ialah adanya diskriminasi terhadap kakitangannya sendiri.

Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaji semula kaedah kenaikan gaji tahunan ini agar ianya lebih berlaku adil kepada semua penjawat awam.

Dicadangkan supaya jika sekiranya hendak dilaksanakan juga sistem kenaikan gaji mengikut SBPA ini pertama sekali hendaklah pastikan ketua Jabatan yang 'menahan' kenaikan gaji atau memberikan arahan memberhentikan kerja kakitangan bawahannya itu memberikan tunjuk sebab dan dibawa ke Jemaah Penilaian yang terdiri daripada pegawai-Pegawai JPA untuk dipertimbangkan seadil-adilnya dan bukan dari kalangan Penilai daripada Jabatan itu sendiri supaya lebih telus dan adil.

Sebagai contoh di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonominya tersendiri di mana mudah bagi pengurusan menaikkan gaji dengan prestasi yang cemerlang di kalangan mereka sesama sendiri dimana difahamkan selalunya mempunyai kakitangan yang ada hubungkaitnya dengan talian persaudaraan masing-masing terutama sekali bila adanya saudara mara bos bekerja disitu.

Melewati sejarah



Apa yang menyebabkan begitu ramai rakan-rakan kita dalam kalangan anak-anak muda tidak menaruh minat kepada parti orang Melayu - UMNO - ini. Kita boleh bariskan pelbagai persepsi yang memberi kita hujah-hujah terbaik menolak parti ini. Namun, yang menjadi titik-titik kecil yang mendorong kepada pembinaan titik-titik yang lebih besar adalah faktor ekonomi dan sosial yang dihadapi golongan anak muda. Anak muda ini sebenarnya menuruti pandangan politik sebagai bahan memberi laba keutungan dari kaca mata orang tua mereka mahupun mereka yang lebih tua yang duduk disekeliling mereka. Hari ini, setelah mereka berupaya membuat keputusan tentang hala tuju hidup, maka hala tuju politik juga mereka berhak menentukannya sendiri. Tiada parameter yang lebih sukar selain faktor yang telah disebut tadi - ekonomi.

Biarpun terdapat anak muda yang tidak berhijrah ke bandar besar untuk mencari rezeki, namun mereka juga telah terkesan oleh mereka yang telah berhijrah. Pandangan rakan-rakan atau saudara-mara mereka akan kesusahan kos sara hidup di bandar misalnya, telah memberikan mereka input-input segar dan baru bagi menilai keadaan urus-tadbir ekonomi yang dipertanggugjawab ke atas bahu pemerintah. Malah, mereka juga semakin mahir membuat perbandingan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka terima akibat dari kemampuan capaian media-media tanpa sempadan ini. Maka apabila perbandingan demi perbandingan ini dibuat lalu menghasilkan jawapan yang meluaskan pertimbangan mereka akan duduk-sebenar isu-isu yang berkait rapat dengan mereka ini. Dan apabila isu-isu ini cuba dihubung-kaitkan diantara satu dengan yang lain, anak-anak muda ini telah berjaya menghasilkan satu rasa yang baru. Rasa yang menyedarkan mereka akan kaitan ekonomi tadi dengan pemerintah yang mentadbir melalui kuasa politik. Lalu, mereka mulai percaya dan pasti, menentukan manafaat kebaikan ekonomi harus bermula dengan menentukan kuasa politik ke atas pihak yang memerintah.

Apabila anak-anak muda ini menyedari akan kuasa sakti yang menentukan kedudukan jatuh-bangun ekonomi yang boleh memberi kesan langsung kepada mereka, maka mereka mulai cermat dan mulai berhati-hati. Maka, mereka mula menjadi juri jemputan dan juri profesional. Mereka akan menilai setiap tingkah laku pemimpin, baik yang memerintah mahupun yang membangkang. Setiap seorang tidak terlepas dari penilaian cermat dari anak-anak muda ini. Lalu menyoroti lebih 60 tahun parti Melayu terbesar negara yang menjadi tunjang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional ini dengan segala macam pendedahan demi pendedahan yang menjadi punca-punca penilaian anak-anak muda terhadap mereka, maka rakyat mula mengorak langkah bergerak menjauhi parti ini. Dan begitu jualah anak-anak muda hari ini.

SEJARAH RINGKAS IMAM SYAFI'E


Beliau bernama Muhammad dengan kun-yah Abu Abdillah. Nasab beliau secara lengkap adalah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay. Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah pada diri ‘Abdu Manaf bin Qushay. Dengan begitu, beliau masih termasuk sanak saudara Rasulullah kerana masih terhitung keturunan saudara-jauh beliau , yaitu Hasyim bin al-Muththalib.

Bapa beliau, Idris, berasal dari daerah Tibalah (Sebuah daerah di wilayah Tihamah di jalan menuju ke Yaman). Dia seorang yang tidak berada. Awalnya dia tinggal di Madinah lalu berpindah dan menetap di ‘Asqalan (Kota tepi pantai di wilayah Palestina) dan akhirnya meninggal dalam keadaan masih muda di sana. Syafi‘, datuk dari datuk beliau, -yang namanya menjadi sumber penisbatan beliau (Syafi‘i)- menurut sebagian ulama adalah seorang sahabat shigar (junior) Nabi. As-Saib, bapa Syafi‘, sendiri termasuk sahabat kibar (senior) yang memiliki kemiripan fizik dengan Rasulullah saw. Dia termasuk dalam barisan tokoh musyrikin Quraysy dalam Perang Badar. Ketika itu dia tertawan lalu menebus sendiri dirinya dan menyatakan masuk Islam.

Para ahli sejarah dan ulama nasab serta ahli hadits bersepakat bahwa Imam Syafi‘i berasal dari keturunan Arab murni. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah memberi kesaksian mereka akan kevalidan nasabnya tersebut dan ketersambungannya dengan nasab Nabi, kemudian mereka membantah pendapat-pendapat sekelompok orang dari kalangan Malikiyah dan Hanafiyah yang menyatakan bahwa Imam Syafi‘i bukanlah asli keturunan Quraysy secara nasab, tetapi hanya keturunan secara wala’ saja.

Adapun ibu beliau, terdapat perbezaan pendapat tentang jati dirinya. Beberapa pendapat mengatakan dia masih keturunan al-Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, sedangkan yang lain menyebutkan seorang wanita dari kabilah Azadiyah yang memiliki kun-yah Ummu Habibah. Imam an-Nawawi menegaskan bahwa ibu Imam Syafi‘i adalah seorang wanita yang tekun beribadah dan memiliki kecerdasan yang tinggi. Dia seorang yang faqih dalam urusan agama dan memiliki kemampuan melakukan istinbath.


Waktu dan Tempat Kelahirannya

Beliau dilahirkan pada tahun 150H. Pada tahun itu pula, Abu Hanifah wafat sehingga dikomentari oleh al-Hakim sebagai isyarat bahwa beliau adalah pengganti Abu Hanifah dalam bidang yang ditekuninya.

Tentang tempat kelahirannya, banyak riwayat yang menyebutkan beberapa tempat yang berbeza. Akan tetapi, yang termasyhur dan disepakati oleh ahli sejarah adalah kota Ghazzah (Sebuah kota yang terletak di perbatasan wilayah Syam ke arah Mesir. Tepatnya di sebelah Selatan Palestina. Jaraknya dengan kota Asqalan sekitar dua farsakh). Tempat lain yang disebut-sebut adalah kota Asqalan dan Yaman.

Ibnu Hajar memberikan penjelasan bahwa riwayat-riwayat tersebut dapat digabungkan dengan dikatakan bahwa beliau dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di wilayah Asqalan. Ketika berumur dua tahun, beliau dibawa ibunya ke negeri Hijaz dan bercampur dengan penduduk negeri itu yang keturunan Yaman kerana si ibu berasal dari kabilah Azdiyah (dari Yaman). Lalu ketika berumur 10 tahun, beliau dibawa ke Mekkah, karena si ibu khawatir nasabnya yang mulia lenyap dan terlupakan.


Pertumbuhannya dan Pengembaraannya Mencari Ilmu

Di Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di dekat Syi‘bu al-Khaif. Di sana, si ibu mengirimnya belajar kepada seorang guru. Sebenarnya ibunya tidak mampu untuk membiayainya, tetapi sang guru ternyata rela tidak dibayar setelah melihat kecerdasan dan kecepatannya dalam menghafal. Imam Syafi‘i bercerita, “Di al-Kuttab (sekolah tempat menghafal Alquran), saya melihat guru yang mengajar di situ membacakan murid-muridnya ayat Alquran, maka aku ikut menghafalnya. Sampai ketika saya menghafal semua yang dia katakan, dia berkata kepadaku, “Tidak halal bagiku mengambil upah sedikitpun darimu.” Dan ternyata kemudian dengan segera guru itu mengangkatnya sebagai penggantinya (mengawasi murid-murid lain) jika dia tidak ada. Demikianlah, belum lagi menginjak usia baligh, beliau telah berubah menjadi seorang guru.

Setelah faqih menghafal Alquran di al-Kuttab, beliau kemudian beralih ke Masjidil Haram untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di sana. Sekalipun hidup dalam kemiskinan, beliau tidak berputus asa dalam menimba ilmu. Beliau mengumpulkan pecahan tembikar, potongan kulit, pelepah kurma, dan tulang unta untuk dipakai menulis. Sampai-sampai tempayan-tempayan milik ibunya penuh dengan tulang-tulang, pecahan tembikar, dan pelepah kurma yang telah bertuliskan hadits-hadits Nabi. Dan itu terjadi pada saat beliau belum lagi berusia baligh. Sampai dikatakan bahwa beliau telah menghafal Alquran pada saat berusia 7 tahun, lalu membaca dan menghafal kitab Al-Muwaththa’ karya Imam Malik pada usia 12 tahun sebelum beliau berjumpa langsung dengan Imam Malik di Madinah.

Beliau juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya. Namun, takdir Allah telah menentukan jalan lain baginya. Setelah mendapatkan nasihat dari dua orang ulama, yaitu Muslim bin Khalid az-Zanji -mufti kota Mekkah-, dan al-Husain bin ‘Ali bin Yazid agar mendalami ilmu fiqih, maka beliau pun tersentuh untuk mendalaminya dan mulailah beliau melakukan pengembaraannya mencari ilmu.

Beliau mengawalinya dengan menimbanya dari ulama-ulama kotanya, Mekkah, seperti Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ –yang masih terhitung paman jauhnya-, Sufyan bin ‘Uyainah –ahli hadits Mekkah-, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim, Fudhail bin ‘Iyadh, dan lain-lain. Di Mekkah ini, beliau mempelajari ilmu fiqih, hadits, lughoh, dan Muwaththa’ Imam Malik. Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahawa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.

Setelah mendapat izin dari para syaikh-nya untuk berfatwa, timbul keinginannya untuk mengembara ke Madinah, Dar as-Sunnah, untuk mengambil ilmu dari para ulamanya. Terlebih lagi di sana ada Imam Malik bin Anas, penyusun al-Muwaththa’. Maka berangkatlah beliau ke sana menemui sang Imam. Di hadapan Imam Malik, beliau membaca al-Muwaththa’ yang telah dihafalnya di Mekkah, dan hafalannya itu membuat Imam Malik kagum kepadanya. Beliau menjalani mulazamah kepada Imam Malik demi mengambil ilmu darinya sampai sang Imam wafat pada tahun 179. Di samping Imam Malik, beliau juga mengambil ilmu dari ulama Madinah lainnya seperti Ibrahim bin Abu Yahya, ‘Abdul ‘Aziz ad-Darawardi, Athaf bin Khalid, Isma‘il bin Ja‘far, Ibrahim bin Sa‘d dan masih banyak lagi.

Setelah kembali ke Mekkah, beliau kemudian melanjutkan mencari ilmu ke Yaman. Di sana beliau mengambil ilmu dari Mutharrif bin Mazin dan Hisyam bin Yusuf al-Qadhi, serta yang lain. Namun, bermula dari Yaman inilah beliau mendapat cobaan –satu hal yang selalu dihadapi oleh para ulama, sebelum mahupun sesudah beliau-. Di Yaman, nama beliau menjadi terkenal kerana sejumlah kegiatan dan kegigihannya menegakkan keadilan, dan kisah kehebatannya itu sampai juga ke telinga penduduk Mekkah. Lalu, orang-orang yang tidak senang kepadanya akibat kegiatannya tadi mengadukannya kepada Khalifah Harun ar-Rasyid, Mereka menuduhnya hendak mengobarkan pemberontakan bersama orang-orang dari kalangan Alawiyah.

Sebagaimana dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani ‘Abbasiyah yang berhasil merebut kekuasaan dari Bani Umayyah. Pada masa itu, setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan orang-orang dari kalangan ‘Alawiyah. Kenyataan ini membuat mereka bersikap sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyah yang sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Dan hal itu menggoreskan rasa sedih yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari Ahlu Bait Nabi menghadapi musibah yang mengenaskan dari penguasa. Maka berbeza dengan sikap ahli fiqih selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.

Sikapnya itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikap tasyayyu‘, padahal sikapnya sama sekali berbeza dengan tasysyu’ model orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasysyu’ model mereka itu yang meyakini ketidakabsahan keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya meyakini keimaman Ali, serta meyakini kemaksuman para imam mereka. Sedangkan kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh perintah-perintah yang terdapat dalam Alquran maupun hadits-hadits shahih. Dan kecintaan beliau itu ternyata tidaklah lantas membuatnya dianggap oleh orang-orang syiah sebagai ahli fiqih madzhab mereka.

Tuduhan dusta yang diarahkan kepadanya bahawa dia hendak mengobarkan pemberontakan, membuatnya ditangkap, lalu digelandang ke Baghdad dalam keadaan dibelenggu dengan rantai bersama sejumlah orang-orang ‘Alawiyah. Beliau bersama orang-orang ‘Alawiyah itu dihadapkan ke hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid. Khalifah menyuruh bawahannya menyiapkan pedang dan hamparan kulit. Setelah memeriksa mereka seorang demi seorang, ia menyuruh pegawainya memenggal kepala mereka. Ketika sampai pada gilirannya, Imam Syafi‘i berusaha memberikan penjelasan kepada Khalifah. Dengan kecerdasan dan ketenangannya serta pembelaan dari Muhammad bin al-Hasan -ahli fiqih Irak-, beliau berhasil meyakinkan Khalifah tentang ketidakbenaran apa yang dituduhkan kepadanya. Akhirnya beliau meninggalkan majlis Harun ar-Rasyid dalam keadaan bersih dari tuduhan bersekongkol dengan ‘Alawiyah dan mendapatkan kesempatan untuk tinggal di Baghdad.

Di Baghdad, beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan mendalami madzhab Ahlu Ra’yu. Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma‘il bin ‘Ulayyah dan Abdul Wahhab ats-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu dari para ulama Iraq itu, beliau kembali ke Mekkah pada saat namanya mulai dikenal. Maka mulailah ia mengajar di tempat dahulu ia belajar. Ketika musim haji tiba, ribuan jamaah haji berdatangan ke Mekkah. Mereka yang telah mendengar nama beliau dan ilmunya yang mengagumkan, bersemangat mengikuti pengajarannya sampai akhirnya nama beliau makin dikenal luas. Salah satu di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika kamasyhurannya sampai ke kota Baghdad, Imam Abdurrahman bin Mahdi mengirim surat kepada Imam Syafi‘i memintanya untuk menulis sebuah kitab yang berisi khabar-khabar yang maqbul, penjelasan tentang nasikh dan mansukh dari ayat-ayat Alquran dan lain-lain. Maka beliau pun menulis kitabnya yang terkenal, Ar-Risalah.

Setelah lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Iraq untuk kedua kalinya dalam rangka menolong madzhab Ash-habul Hadits di sana. Beliau mendapat sambutan meriah di Baghdad kerana para ulama besar di sana telah menyebut-nyebut namanya. Dengan kedatangannya, kelompok Ash-habul Hadits merasa mendapat angin segar kerana sebelumnya mereka merasa didominasi oleh Ahlu Ra’yi. Sampai-sampai dikatakan bahawa ketika beliau datang ke Baghdad, di Masjid Jami ‘ al-Gharbi terdapat sekitar 20 halaqah Ahlu Ra ‘yu. Tetapi ketika hari Jumat tiba, yang tersisa hanya 2 atau 3 halaqah saja.

Beliau menetap di Iraq selama dua tahun, kemudian pada tahun 197 beliau balik ke Mekkah. Di sana beliau mulai menyebar madzhabnya sendiri. Maka datanglah para penuntut ilmu kepadanya meneguk dari lautan ilmunya. Tetapi beliau hanya berada setahun di Mekkah.

Tahun 198, beliau berangkat lagi ke Iraq. Namun, beliau hanya beberapa bulan saja di sana kerana telah terjadi perubahan politik. Khalifah al-Makmun telah dikuasai oleh para ulama ahli kalam, dan terjebak dalam pembahasan-pembahasan tentang ilmu kalam. Sementara Imam Syafi‘i adalah orang yang paham betul tentang ilmu kalam. Beliau tahu bagaimana pertentangan ilmu ini dengan manhaj as-salaf ash-shaleh –yang selama ini dipegangnya- di dalam memahami masalah-masalah syariat. Hal itu kerana orang-orang ahli kalam menjadikan akal sebagai sumber utama dalam menghadapi setiap masalah, menjadikannya rujukan dalam memahami syariat padahal mereka tahu bahwa akal juga memiliki keterbatasan-keterbatasan. Beliau tahu betul kebencian meraka kepada ulama ahlu hadits. Kerana itulah beliau menolak madzhab mereka.

Dan begitulah kenyataannya. Provokasi mereka membuat Khalifah mendatangkan banyak musibah kepada para ulama ahlu hadits. Salah satunya adalah yang dikenal sebagai Yaumul Mihnah, ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima paham Alquran itu makhluk. Akibatnya, banyak ulama yang masuk penjara, bila tidak dibunuh. Salah satu di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Kerana perubahan itulah, Imam Syafi‘i kemudian memutuskan pergi ke Mesir. Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana, tetapi akhirnya ia menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah. Di Mesir, beliau mendapat sambutan masyarakatnya. Di sana beliau berdakwah, menebar ilmunya, dan menulis sejumlah kitab, termasuk merevisi kitabnya ar-Risalah, sampai akhirnya beliau menemui akhir kehidupannya di sana.


Keteguhannya Membela Sunnah
Sebagai seorang yang mengikuti manhaj Ash-habul Hadits, beliau dalam menetapkan suatu masalah terutama masalah aqidah selalu menjadikan Alquran dan Sunnah Nabi sebagai landasan dan sumber hukumnya. Beliau selalu menyebutkan dalil-dalil dari keduanya dan menjadikannya hujjah dalam menghadapi penentangnya, terutama dari kalangan ahli kalam. Beliau berkata, “Jika kalian telah mendapatkan Sunnah Nabi, maka ikutilah dan janganlah kalian berpaling mengambil pendapat yang lain.” Karena komitmennya mengikuti sunnah dan membelanya itu, beliau mendapat gelar Nashir as-Sunnah wa al-Hadits.

Terdapat banyak atsar tentang ketidaksukaan beliau kepada Ahli Ilmu Kalam, mengingat perbedaan manhaj beliau dengan mereka. Beliau berkata, “Setiap orang yang berbicara (mutakallim) dengan bersumber dari Alquran dan sunnah, maka ucapannya adalah benar, tetapi jika dari selain keduanya, maka ucapannya hanyalah igauan belaka.” Imam Ahmad berkata, “Bagi Syafi‘i jika telah yakin dengan keshahihan sebuah hadits, maka dia akan menyampaikannya. Dan prilaku yang terbaik adalah dia tidak tertarik sama sekali dengan ilmu kalam, dan lebih tertarik kepada fiqih.” Imam Syafi ‘i berkata, “Tidak ada yang lebih aku benci daripada ilmu kalam dan ahlinya” Al-Mazani berkata, “Merupakan madzhab Imam Syafi‘i membenci kesibukan dalam ilmu kalam. Beliau melarang kami sibuk dalam ilmu kalam.”

Ketidaksukaan beliau sampai pada tingkat memberi fatwa bahwa hukum bagi ahli ilmu kalam adalah dipukul dengan pelepah kurma, lalu dinaikkan ke atas punggung unta dan digiring berkeliling di antara kabilah-kabilah dengan mengumumkan bahawa itu adalah hukuman bagi orang yang meninggalkan Alquran dan Sunnah dan memilih ilmu kalam.


Wafatnya
Kerana kesibukannya berdakwah dan menebar ilmu, beliau menderita penyakit buwasir yang selalu mengeluarkan darah. Makin lama penyakitnya itu bertambah parah hingga akhirnya beliau wafat kerananya. Beliau wafat pada malam Jumaat setelah shalat Isya’ hari terakhir bulan Rajab permulaan tahun 204 dalam usia 54 tahun. Semoga Allah memberikan kepadanya rahmat-Nya yang luas.

Ar-Rabi menyampaikan bahwa dia bermimpi melihat Imam Syafi‘i, sesudah wafatnya. Dia berkata kepada beliau, “Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu, wahai Abu Abdillah ?” Beliau menjawab, “Allah mendudukkan aku di atas sebuah kursi emas dan menaburkan pada diriku mutiara-mutiara yang halus”


Karangan-Karangannya

Sekalipun beliau hanya hidup selama setengah abad dan kesibukannya melakukan perjalanan jauh untuk mencari ilmu, hal itu tidaklah menghalanginya untuk menulis banyak kitab. Jumlahnya menurut Ibnu Zulaq mencapai 200 bahagian, sedangkan menurut al-Marwaziy mencapai 113 kitab tentang tafsir, fiqih, adab dan lain-lain. Yaqut al-Hamawi mengatakan jumlahnya mencapai 174 kitab yang judul-judulnya disebutkan oleh Ibnu an-Nadim dalam al-Fahrasat.
Yang paling terkenal di antara kitab-kitabnya adalah al-Umm, yang terdiri dari 4 jilid berisi 128 masalah, dan ar-Risalah al-Jadidah (yang telah direvisinya) mengenai Alquran dan As-Sunnah serta kedudukannya dalam syariat.


Sumber :

1. Al-Umm, bagian muqoddimah hal 3-33.
2. Siyar A‘lam an-Nubala’
3. Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi‘, terjemah kitab Manhaj al-Imam Asy-Syafi ‘i fi Itsbat al-‘Aqidah karya DR. Muhammad AW al-Aql terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi‘i, Cirebon

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts