Instagram

DAP tuntut KTMB benar parti lain pasang iklan dalam koc komuter

SUBANG JAYA, 2 FEB: DAP menuntut hak sama supaya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut membenarkan parti itu memasang iklan di dalam koc perkhidmatan Komuter seperti yang dibenarkan kepada Barisan Nasional (BN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hasrat DAP itu sudah dikemukakan termasuk mendapatkan sebut harga dan terma bagi menyewa ruang iklan dalam perkhidmatan pengangkutan awam itu. “Kami juga sudah menghantar surat melalui serahan tangan kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir pada 4 Januari lalu dan membuat tindakan susulan selepas itu, namun pegawai di pejabat Datuk Elias mengatakan “tidak menerimanya” dan meminta DAP Selangor menghantarnya sekali lagi melalui faksimili. “Bagaimanapun hingga kini kami masih tidak tahu berapa kos memasang iklan itu dalam koc komuter. Kami juga ingin tahu samada BN membayar atau diberi percuma memasang iklan itu,” katanya pada sidang media bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San, baru-baru ini. Hannah berkata, kalau BN diberi percuma parti lain termasuk DAP juga perlu diberi percuma kerana KTMB bukan milik BN. Sebelum ini Pengerusi KTMB, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Koodinator BN Selangor mengakui iklan BN dalam koc komuter KTM itu adalah berbayar. “Kami kecewa kerana hingga kini DAP masih belum dimaklumkan berapa kos untuk memasang iklan itu sebagaimana yang dilakukan BN. Kami juga ingin tahu sama ada BN bayar atau diberi percuma. “Jika iklan itu berbayar wang pengguna perkhidmatan komuter itu tidak wajar diguna untuk membiayai kempen propaganda BN dan KTMB perlu mengumumkan segera jumlah bayaran iklan yang dibuat BN untuk kempen ‘Sayangi BN’ dalam koc komuter itu,” kata Hannah. Beliau berkata, tindakan BN itu dilihat terdesak kerana bukan sahaja berkempen melalui media arus perdana malah turut menjadikan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam mangsa. Katanya, bukan semua pengguna mahu melihat dan mendengar propaganda BN. “Kalau KTMB enggan mengumumkan jumlah bayaran iklan itu, mereka perlu berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi. Kalau mereka boleh beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti politik lain,” ujarnya.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts