Instagram

Ada berani sekarang?


Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.

Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpin parti terbabit.


Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.


Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.


"Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.


Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.


"Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.


"Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.


Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.


Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.


Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.


Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.


Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.


Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana.


Mesti Mat Ezam geram giler ni! Saiful Bukhari lagi geram nih..!Auuww..!

Lagi mintak ISA dimansuhkan!

Siswa ingin jumpa PM isu mansuh ISA

Sebuah gabungan pertubuhan mahasiswa berharap dapat bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi menyampaikan tuntutan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berusaha menghubungi Pejabat Perdana Menteri minggu depan bagi mengatur pertemuan tersebut, kata pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin.Beliau, juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, serta wakil beberapa organisasi pelajar juga menuntut tahanan-tahanan bawah akta kontroversi itu dibebaskan atau dibicarakan jika wujud pertuduhan terhadap mereka. Shazni Munir, yang ditahan polis bulan lepas bagi siasatan contengan "bini puaka", berkata satu pertemuan dengan perdana menteri lalu Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah dirancang tahun lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Namun pertemuan tersebut gagal diadakan kerana ia turut melibatkan SMM yang disifatkan kerajaan sebagai pertubuhan tidak berdaftar, tambahnya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur tengah hari ini.Najib, sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya sejurus selepas menerima pelantikan sebagai perdana menteri keenam awal April lalu, berjanji untuk "menyemak semula" akta tersebut yang sering dikecam oleh aktivis NGO dan parti pembangkang. Tidak sabar dengan janji itu, gabungan NGO hak asasi manusia dan Pakatan Rakyat awal bulan ini menganjurkan demonstrasi besar melibatkan 20,000 penyokong mendesak ia dimansuhkan.
Ni antara bebudak cerdik pandai. Sekurang-kurangnya dengar dulu apa mereka nak cakap. Dulu dalam tahun 70-an dulu ada jugak pemimpin-pemimpin persatuan universiti buat perangai macamni. Sampai sekarang ni, kita berpeluang tengok hasilnya. Mereka masih lagi menjadi pemimpin, malah lebih berani dan berprinsip!

TPM: Perang mulut Ong-Tiong cemar k'jaan, BN

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media."Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan. Saya serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.Muhyiddin berkata keadaan itu tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu itu."Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini...mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya.Kedua-dua pemimpin itu terbabit dalam pertengkaran secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan kemudian mendedahkan kepada media bahawa beliau juga meminta peguamnya menghantar surat tuntutan.Tiong membuat dakwaan itu pada Rabu dengan mengatakan duit itu dibayar secara ansuran tiga kali tahun lepas untuk aktiviti MCA.
Teringat kata-kata Tg Nik Aziz: "Rasuah...Rasuah..Nak ambik salah, tak ambik kalah...jadi serba salah..".

'Ada kemungkinan Teoh bunuh diri'

Malaysiakini: Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik itu membunuh diri.Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata pendapatnya itu berdasarkan ketiadaan unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pada 16 Julai lepas. "Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ." Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh. "Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu. Teoh, 30, setiausaha politik pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor di tingkat lima plaza itu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor kepada SPRM.
Sapa percaya angakt kaki!

Now back as a happy family!

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.


Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.
Kalau macamni gayanya, makin payah la UMNO/BN nak rampas balik Selangor! Silap-silap depa plak yang kena rampas! Kena rampas and kena ramas!Kah!Kah!Kah! UMNO...UMNO...Betul la depa cakap Anwar pengkhianat! Dia pengkhianat UMNO! Kah!Kah!

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).
MOHAMED HANIPA MAIDIN

Al-Fatihah. Satu demi satu dipanggil Tuhan


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Telah lama mengikuti perkembangan Ust Azri. Sejak beliau dari Nada Murni lagi. Waktu tu lagu-lagu nasyid yang dialunkan oleh beliau sangat-sangat meruntun jiwa. Terfikir betapa dasyatnya penangan Al-Arqam membentuk ruh-ruh Islam yang istimewa seperti Ust Asri. Ketika di universiti dulu, ada satu program yang berupa seperti konsert nasyid dan saya menjemput Raihan menjayakannya. Kendatipun begitu, Ust Asri dan kumpulan Rabbaninya juga tersenarai, namun jodoh untuk bersamanya tidak dekat dengan saya waktu itu. Teringat juga, selepas Al-Arqam diharamkan, beliau pernah bekerja sebagai penebar roti canai tak silap saya di kampung baru, KL. Sehinggalah beliau membuat come-back dan muncul dengan kumpulan Rabbaninya. Ust Asri berjaya menyuntik elemen moden-techno dalam nasyid apabila muncul dengan lagu 'Pergi Tak Kembali' ciptaan KRU. Walaupun ada yang melihat usaha itu seperti sesuatu yang tidak kena pada tujuan asal dakwah melalui nasyid, tetapi ianya berjaya menembusi pasaran dan mereka dapat membina peminat-peminat baru dalam irama nasyid. Sesungguhnya, selepas Yasmin Ahmad dan kini Ust Asri, kita kini kehilangan satu demi satu insan yang membawa kita going to the next level. Al-Fatihah

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts