Instagram

DAP tuntut KTMB benar parti lain pasang iklan dalam koc komuter

SUBANG JAYA, 2 FEB: DAP menuntut hak sama supaya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut membenarkan parti itu memasang iklan di dalam koc perkhidmatan Komuter seperti yang dibenarkan kepada Barisan Nasional (BN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hasrat DAP itu sudah dikemukakan termasuk mendapatkan sebut harga dan terma bagi menyewa ruang iklan dalam perkhidmatan pengangkutan awam itu. “Kami juga sudah menghantar surat melalui serahan tangan kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir pada 4 Januari lalu dan membuat tindakan susulan selepas itu, namun pegawai di pejabat Datuk Elias mengatakan “tidak menerimanya” dan meminta DAP Selangor menghantarnya sekali lagi melalui faksimili. “Bagaimanapun hingga kini kami masih tidak tahu berapa kos memasang iklan itu dalam koc komuter. Kami juga ingin tahu samada BN membayar atau diberi percuma memasang iklan itu,” katanya pada sidang media bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San, baru-baru ini. Hannah berkata, kalau BN diberi percuma parti lain termasuk DAP juga perlu diberi percuma kerana KTMB bukan milik BN. Sebelum ini Pengerusi KTMB, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Koodinator BN Selangor mengakui iklan BN dalam koc komuter KTM itu adalah berbayar. “Kami kecewa kerana hingga kini DAP masih belum dimaklumkan berapa kos untuk memasang iklan itu sebagaimana yang dilakukan BN. Kami juga ingin tahu sama ada BN bayar atau diberi percuma. “Jika iklan itu berbayar wang pengguna perkhidmatan komuter itu tidak wajar diguna untuk membiayai kempen propaganda BN dan KTMB perlu mengumumkan segera jumlah bayaran iklan yang dibuat BN untuk kempen ‘Sayangi BN’ dalam koc komuter itu,” kata Hannah. Beliau berkata, tindakan BN itu dilihat terdesak kerana bukan sahaja berkempen melalui media arus perdana malah turut menjadikan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam mangsa. Katanya, bukan semua pengguna mahu melihat dan mendengar propaganda BN. “Kalau KTMB enggan mengumumkan jumlah bayaran iklan itu, mereka perlu berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi. Kalau mereka boleh beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti politik lain,” ujarnya.

Khalid:Kita boleh tunjuk BN cara tadbir dengan betul

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata kerajaan pimpinan beliau bersedia untuk menunjukkan kepada BN bagaimana mentadbir negara dengan betul, jika rakyat mengundi untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Menegaskan bagaimana BN menerajui kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan defisit yang besar, Khalid mendakwa bahawa dasar BN diarahkan untuk keuntungan gabungan tersebut dan kroninya dan bukan menjaga kebajikan negara. Beliau berkata, walaupun selepas 50 tahun pemerintahan BN, kebajikan rakyat telah diabaikan dan jika BN dibenarkan terus memerintah lagi, perkara-perkara tersebut tidak akan berubah. Umno dan BN, tegas menteri besar, tidak tahu perbezaan antara perniagaan dan menjaga kebajikan rakyat. Menurutnya, salah satu sebab mengapa negara tidak mempunyai wang yang cukup dan bajet defisit adalah kerana mereka tidak menguruskan wang dengan betul dengan projek-projek. Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran asrama sekolah untuk kanak-kanak estet di Petaling Jaya, Selangor.

PR kalah dengan janji sendiri?

Sambil menyoroti pembangunan di Pekan Rabu dan di sekitar bandaraya Alor Star beberapa minggu lepas,penulis bersama seorang rakan yang juga aktivis PAS, kami berbual-bual sekitar potensi menang-kalah Kedah di dalam PRU yang akan datang sambil minum kopi pahit. Saya sebagai seorang anak jati negeri Jelapang Padi sedar akan potensi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, namun saya menyuarakan kebimbangan dengan prestasi negeri Kedah menghadapi PRU yang ke 13 kelak. Biarpun pembangunan fizikal tidak menjamin dan menandakan kemajuan, namun jika bandaraya Alaor Star kekal sekian kali rupanya semenjak MB Sanusi Junid menjadi menteri besar lagi, apa erti Pakatan Rakyat yang diterajui PAS yang hanya mendakwa mereka telah berjaya dengan'sesuatu' kejayaan walhal 'kejayaan-kejayaan' itu sangat kabur dari pandangan. Lihat sahaja Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini yang mendedahkan kerajaan PR Kedah yang diterajui PAS dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011, malah lima orang pengarah syarikat tersebuat telah juga dikenalpasti punyai hubungan dan mengenali antara satu sama lain. Tulisan ini bukan berniat untuk menyentuh isu berkisar kerajaan PR Kedah. Isu yang mahu di sentuh, adalah isu mengisi kemenangan.Ia antara perkara yang terhangat yang dibincangkan berselang-seli riuh-rendah di Pekan Rabu sambil menghirup kopi panas segar. Pelbagai janji yang bakal menjadi manifesto Pakatan Rakyat kelak. Janji-janji berupa ikrar PR itu dilihat begitu praktikal dan real dalam politik semasa yang bergerak laju seiring teknologi telefon pintar. Bagi PR dan penyokongnya, janji-janji itu dilihat tidak mustahil dan bakal terbukti selepas kemenangan PR di Putrajaya kelak. PR juga telah memenangi sejumlah kerusi-kerusi DUN negeri-negeri yang membawa PR membentuk kerjasama serta meguasai negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak (dan kemudiannya dirampas oleh BN), Kedah dan berjaya mempertahankan Kelantan. Lalu kemenangan itu telah berjaya diisi dengan beberapa kemajuan pendekatan dan pembaharuan demi pembaharuan yang berhasil membentuk pemikiran akan kemampuan PR menguruskan pentadbiran negeri dan seterusnya negara. Anda ingat bilamana Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama tahun 2010? Dengan kemenangan hebat itu, jurulatih yang kurang diberi perhatian sebelum itu, K.Rajagobal telah mendapat gelaran Datuk. Lalu timbul beberapa nama-nama hebat pemain bolasepak Malaysia yang dijulang-julang bagai artis dan selebriti. Ada yang sampai perkahwinannya ditaja dan dimashyurkan ke serata Malaysia. Ada yang sampai diimport sebagai pemain termahal ke negara jiran. Ya. Hebat bukan? Tapi adakah anda masih ingat prestasi mereka baru-baru di kejohanan yang sama untuk tahun 2012? Lihat sahaja ekecewaan demi kekecewaan yang diluahkan oleh penyokong tegar bolasepak Malaysia seusai kekalahan pertama dan memalukan Malaysia dengan Singapura di tempat sendiri. Pemain dan jurulatih dikritik semahunya oleh penyokong-penyokong Malaysia malah kritikan-kritikan kali ini kelihatan sangat dramatik. Kritikan-kritikan yang tidak membina ini bukannya datang dari mereka yang baru menjadi penyokong di dalam kejohanan untuk musim kempen 2012. Mereka ini yang telah menjadi penyokong tegar Malaysia semenjak kempen 2010 lagi. Ya. Semenjak K.Rajagobal belum mendapat gelaran Datuk dan ya, sebelum Khairul Fahmi Che Mat belum sepopular sekarang walaupun hanya sempat bermain satu perlawanan sahaja dalam kempen 2012 yang lalu. Lalu apa kaitan tragedi kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan dalam kempen kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 dengan kemenangan PR untuk PRU yang ke-13? Tragedi ini menjadi risiko yang paling besar untuk PR mengambil iktibar dalam menyampaikan janji ikrar yang bakal menjadi manifesto PRU kelak. Mereka yang sebelum ini tidak mengundi PR dan berhajat membuat perubahan (sebenarnya mengharapkan perubahan)atau menjadi pengundi buat kali pertama sebenarnya berada dalam kelompok penyokong tegar pasukan bolasepak kita ini. Harapan mereka sangat tinggi, malah kadang-kadang dilihat menjadi terlalu tinggi boleh menjadi kanser paling merbahaya buat diri mereka sendiri dan tentunya PR secara totalnya. Apa yang bahayanya jika PR menjamin untuk menunaikan segala janji yang dipaterikan sebagai agenda Buku Jingga dan sebagainya? Seperti kata saudara Anwar Ibrahim, tindakan menurunkan harga minyak dan memberikan permit teksi sesuatu yang boleh dibuat dalam tempoh yang singkat seusai menguasai Putrajaya. Maka janji-janji ini adalah sesuatu yang bukan termasuk di dalam kelonsong kerisauan penulis dan rakan penulis tadi. Kami risau akan sesuatu yang sangat ideal yang diimpikan oleh masyarakat terbanyak. Mereka impikan pembaharuan serta-merta. Yang boleh dipegang, yang boleh dirasa dan dilihat dalam tempoh yang singkat. Biarpun setebal mana penafian yang boleh PR lakukan, beberapa kekhilafan oleh kerajaan PR Kedah contohnya boleh menjadi contoh akan maksud penulis. Penulis mahu membawa kisah bagaimana soal sampah sarap yang tidak dikutip di sekitar taman perumahan seorang pengundi di bandar besar boleh memberi kesan yang sangat besar apabila isu ini dibawa pulang ke kampung halaman mereka. Ya, saudara, isu agak kecil dan remeh jika kita bandingkan dengan isu hutang negara negara yang telah mencecah lebih RM500 bilion atau isu yang berkait dengan laporan oleh Global Financial Integrity (GFI) yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walhal, jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010 adalah bukti kegagalan Perdana Menteri yang juga sebagai Menteri Kewangan dalam menguruskan ekonomi negara tidak pula menjadi isu besar buat pengundi seperti ini.Tetapi percayalah, Rakyat terbanyak tidak tersentuh dengan isu-isu seperti ini.Mereka jenuh risau akan makan-minum mereka sehari-hari, duit poket dan tambang bas bulanan anak-anak ke sekolah, sistem pendidikan yang didakwa percuma walhal tanpa disedari percuma itu datang dari duit poket guru-guru disekolah, sistem pengangkutan awam yang sangat tidak efisen, kesesakan jalanraya yang seperti tiada penghujungnya, tangga gaji yang tidak sepadan dengan kos sara hidup, pinjaman perumahan yang terbatas dan tentunya hutang belajar PTPTN yang membebankan. Apakah PR menyedari realiti ini sehingga tenggelam dengan lamunan kerusi empuk di Putrajaya? Apakah PR bersedia menghadapi kemenangan dan mengisi kemenangan serta bersedia menghadapi kritikan-kritikan yang telah dialami oleh penyokong-penyokong bolasepak tempatan? Realitinya, itulah Rakyat kita. Disanjung ke langit biru apabila menang, di humban ke longkang busuk apabila gagal. Apakah PR bersedia mengotakan janji dan bersedia menghadapi Rakyat yang berharap terlalu tinggi dan terlalu ideal? Mereka yang sedari awal berada dalam tsunami politik negara pada tahun 2008 telah meyakini keupayaan PR lalu mencambah-biakkan minat yang disekeliling mereka melakukan perubahan ini. Mereka kini mula meyakini;beban ekonomi dalam negara, beban hutang individu dan isi rumah, kos sara hidup yang tinggi tidak selari dengan pendapatan, sistem pendidikan dan pengangkutan awam yang baik serta perkhidmatan kesihatan yang bagus sebenarnya boleh diperbaiki dan harapan ini boleh disandarkan kepada PR apabila memerintah Putrajaya nanti. Maka natijah dari harapan menggunung seperti inilah, mereka telah membina harapan kecil membentuk sebuah harapan besar dari dalam diri mereka sendiri dan semahunya ia mesti diterjemahkan menjadi realiti oleh PR tanpa alasan. Ini yang merbahaya. Terlalu berisiko. Tulisan ini bukan memperkecilkan kemampuan anggota-anggota parti di dalam PR. Jauh sekali mengharapkan kegagalan. Harapan Rakyat mahu melihat Perubahan di peringkat Persekutuan adalah harapan penulis jua. Cuma, kita usahlah terlalu ideal dengan tidak berpijak di bumi nyata. Bersedia mengotakan janji serta bersedia juga menghadapi senario terburuk; kerana menjangkakan kemenangan tetapi akhirnya buntu dengan kegagalan boleh menjadikan Paktan Rakyat seperti pasukan bolasepak Malaysia dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2012. Teruk dikritik peminat. Gagal apabila terlalu yakin akan menang.

Antara mimpi-mimpi ngeri UMNO sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti. Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu. Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi. Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu. Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. "Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu. Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik. Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts